Friday, March 1, 2013

QUOTE: Islam yang 'cute'?

Saya rasa di Malaysia ni, Muslim 'peminat-peminat' Islam ramai yang gedik, lembik, mengada-ngada dan suka dimanja-manjakan dengan Islam yang cute di mata mereka.

Bukan hanya topik cinta, topik keras pun mahu dilembik-lembikkan.


Jika berlaku peperangan di Malaysia (nau'dhubillah) dan kita diuji dengan tekanan seperti Syria, Afghanistan dan Palestin, murtadkah kita kerana tiada lagi Islam cute untuk dipegang? Hanya tinggal Islam sebenar yang tidak boleh dipegang oleh penganut yang terhegeh-hegeh.

Allah!

Sebab itu saya katakan, semasa kursus, saya lebih berminat dengan remaja yang degil enggan menurut kata, berbanding yang mudah sangat terhibut dengan lawak murahan saya dan ikut semua arahan saya picit kawan dan sebagainya.

Dan Muslim peminat Islam di Malaysia ini, adalah lubuk duit yang besar untuk industri buku populis tidak berhemah dan motivasi yang tidak berisi.

Saya tanya diri saya, secara jujur dalam hati, adakah Islam yang kamu cakapkan itu kamu yakin itulah Islam Nabi Muhammad sallallaahualayhiwassalam?

Saya takut ada kemunafiqan dalam hati ini yang di kubur nanti saya tiada alibi lagi untuk mencegah seksaan Allah.

Salam Juma'at, lindungi diri dengan membaca Surah al-Kahf.

::::ustadz hasrizal abdul jamil::::

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...