Wednesday, March 6, 2013

Duit itu kotor. Tahu!

Benda yang paling kotor kat dunia ni adalah duit. Penyataan saya berdasarkan definisi permukaan (baca: surface) semata. Iyelah duit itu dipegang oleh tangan-tangan yang kotor. Sekali lagi saya kata definisi permukaan. Ada yang baru korek hidung lepas tu pegang duit sebagai contoh. Dan banyak lagi aksi2 yang menggelikan tercatat pada helaian2 duit kertas. Ye, duit kertas yang kamu letak dalam purse mahupun wallet yang mahal jiddan tu.

Jadi saya menyeru sang penjual-penjual makanan, pastikan tangan yang anda gunakan untuk memegang duit bukan tangan yang sama ada guna untuk memegang, memasukkan, mencubit atau apa2 sahaja makanan yang anda  niagakan, kerna ia sangat kotor! Wallahi! Hey kakak2, makcik2, uncle2, adik2 sang penjual gado-gado, eh! Bukan, siapa sahajalah, bayangkan makanan yang kalian jual tu dah la sedap malah menyihatkan, lepas tu niatnya pula kerna Allah. perrrgghhh!! perrgghh!!

Kakanda saya ada bilang, adalah menjadi polisi untuk setiap hospital mahupun klinik2 untuk mengelap duit yang diterima dengan menggunakan sanitizer *ayat klishe di situ. see, hygienic itu penting tahu! *jangan lap duit depan customers sudah. 

Islam itu agama yang syumul, menyeluruh dari setiap genap aspek. Kamu namakannya (baca: you name it). Dan termasuk lah bab2 kebersihan. Apatah lagi kalau deal dengan makanan yang menjadi asas kekuatan dan tenaga untuk segala macam ibadah. Erm..macamana andai tidak ada keberkatan di situ. hermm ada butir2 kerisauan di situ.
_______

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...