Friday, August 30, 2013

Sang ironi aku

....sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah pasti akan datang, maka janganlah kalian minta untuk disegerakan...

an-nahl:1

Aku khuatir dengan ketidaksabaran aku, langkah aku tersasar dari yang benar. Ketidaksabaran aku bukan sendiri lahir dariku, ancaman luar juga sentiasa memburu. Aku lemah sekarang, kerna berdiri seorang.

Tatkala berdu'a, hati cuba meminta untuk disegerakan segala yang baik untuk aku. Tapi aku takut melafazkannya, mungkin tempoh bertangguh yang Allah letakkan, adalah untuk aku terdidik sebaiknya. Aku mendidik aku sebaiknya. Sepatutnya.

Aku tak rasa ini aku yang dahulu. Seolah-olah wajah bayangan berbeda datang bertukar warna. Hampir setiap masa. Aku berdu'a lagi, agar Allah tetapkan aku dalam rawatan segera Dia dan pelihara aku sentiasa. Iman aku. Taqwa aku. Tapi kadang-kala hati terlalu rapuh, serapuh kayu hutan yang reput dipijak sepatu. Nak berdu'a pun seakan berkira-kira. Astaghfirullah.

..............
".....not necessary that you need to be in Jama'ah. The point is wherever you go and be around with, you could practice the Sunnah of the Prophet sallallahu'alayhiwassalam, that's enough..."

Jawapan jelas Ustadz Ibrahim Nuh berlegar berkali-kali. Nota hijau catatan cahaya dibelak mencari barisan penerangan sang ustadz yang mulia. Tak jumpa.

"...orang yang senang-senang tinggalkan Sunnah, senang bagi mereka untuk tinggalkan yang fardu juga..."

Kali ni kata-kata ustadz corong radio bertukar legaran di kepala. Kalau dah tinggalkan fardu, agak-agak iman dan taqwa pada tahap tertinggi ke? 

..................
Aku lemah, kerana aku yang pilih untuk jadi lemah. Sedangkan aku ada Tuhan yang Maha Mega Kuat, yang menjana kekuatan kepada ciptaan Dia. 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...