Monday, July 8, 2013

Cinta datang pergi

April 26

Rutin harian Anlene, habis solat dzuhur, Quran poket ditarik dari almari tinggi. Belek muka surat bertanda. An-Nahl 103-110 dibaca berselang seli setiap ayat berserta terjemahan. Langung baca by lips. Tak terkesan. "Ok done!" Zip Quran ditarik gopoh. "Facebook! I'm coming. Ada orang Like tak post aku?"

  ***

Mei 4

Macam biasa selepas solat, Anlene akan buka Quran poket hijaunya. Hari ni nak random. Belek-belek. Terhenti. An-Nahl 103 dimulakan. 104, 105, 106. Tersentak.

"barang siapa kafir kepada Allah setelah dia beriman (dia mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman (dia tidak berdosa), tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran, maka kemurkaan Allah menimpanya dan mereka akan mendapat azab yang besar."
Istighfar dilafazkan berkali-kali. Dahi berkerut. Muka tak keruan. 107 disambung baca

"Yang demikian itu disebabkan kerana mereka lebih mencintai kehidupan di dunia daripada akhirat, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang kafir."
Kali ini, istighfarnya semakin bergema. Hatinya shahdu. Perit pedih pun ada. Matanya dah pedih berair. Hingus meleleh. 108 dibaca

"Mereka itulah orang yang hati, pendengaran dan penglihatannya telah dikunci oleh Allah. Mereka itulah orang yang lalai."
Perkataan akhir itu ditenung lagi. Ghaflah. Heedlessness. Lalai. Part ini tak payah bilang. Semua warna hingus habis meleleh. Bahu terhenjut-henjut. Mata semakin pedih dirasa. Merah. Basah. Mulut beribut beristighfar. Lama. Sungguh!

Dia teragak mahu menyambung atau tidak. Pedih hati menanggung. Mata dipejamkan. Pedih mata berangsur pergi. Digagahi jua untuk menyambung. 109 ditatap.

"Pastilah mereka termasuk orang yang rugi di akhirat nanti"
Nau'dzubillahi minzhalik. Kepala digeleng laju berkali-kali. Mulutnya berkumat-kamit beristighfar. Kepalanya semaking laju menggeleng. Parah. 110 ditatap basah kuyup.

"Kemudian Tuhanmu (pelindung) bagi orang yang berhijrah setelah menderita cubaan, kemudian mereka berjihad dan bersabar, sesungguhnya, Tuhanmu setelah itu benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang."


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...